cik ceni

hari ni cik ceni walimah.
baru tahu name sebenar die mohd husni tadi masa nak akad nikah kat masjid merah putrajaya tu.

siapakah cik ceni?
hm, cik ceni adalah anak bongsu kepada atok cik yg duduk sebelah rumah atok abah (now it's paklang's) kat kampung sebelah ayah saye. ini membuatkan cik ceni adalah sepupu kepada ayah saye. serta membuatkan dia adalah pakcik sepupu saya, yang menyebabkan beliau dipanggil 'cik' iaitu singkatan kepada pakcik.

rapat ke ngan cik ceni?
dulu masa kecik2, selalu balik kampung, pegi rumah atok cik, panggil2 cik ceni sebab nak suruh die bawak pegi kolam, nak main dengan berudu dalam kolam die. ade gak ikan kecik2 kat situ. pastu main tempat2 rahsia, kat kampung banyak hutan dan banyak gak tempat2 rahsia. budak2 kan suke. panjat pokok kelapa yang dah tumbang. main kat parit. pinjam basikal orang tua besar atok cik suruh cik ceni bawak. tapi taksure penah ke tak die bawak sampai ke kedai joni.

bila saye makin besar, saye sudah semakin matang dan haruslah mengkontrol ayu dan dah tak main dengan berudu kat kolam rumah atok cik lagi. lagipun kolam tu sekarang macam dah kena timbus. mungkin semua berudu dah berubah jadi katak dan keluar dari kolam tersebut. jadi sudah jarang pegi rumah atok cik walaupun sebelah rumah atok abah je. maklumla anak perempuan time2 remaja kan macam malu2 kontrol nak duduk rumah je kalau balik kampung hahaha. masa raya pun jarang jumpe cik ceni gak. ziarah atok cik ngan nenek cik je.

jap, nak try ingat. kite penah ke main getah ngan cik ceni? ke batu seremban?

jadi kesimpulannya, semua orang dah membesar! zaman kanak2 adalah zaman yang sangat best di mana saye constantly belajar naik basikal tapi tak pernah pass2 sampai sekang, (apart from all other wonderful things). apetah lagi naik motor. saye sangat secretly jeles pade along dan dayah yang boleh naik motor pegi kedai joni.

sekian post di malam sabtu yang hening.
(sekiranya hening bermaksud sunyi)

kpd ahli keluarga yang tertanya2 mana gambar2 td, macam biasa gambar2 agak malas untuk diupload oleh saye tapi saye yakin hikmat agak rajin untuk uploadkan di flickrnya.

Comments

Dr Nurul Yaqeen said…
wah..grandnye majlis walimah cik ceni..btw sdie walimah dgn org mana? and skrg cik ceni keje ape ?
naaiemah said…
haha sebenanye nampak grand sebab hikmat edit lighting :p